Sunday, June 7, 2009

KRONOLOGI MAJLIS PERTUNANGAN SAYA

PENAMPANG, 7 Jun - Majlis Pertunangan antara John dan Elizabeth telah selamat disempurnakan pada 31 Mei 2009 di Jalan Hiko, Kg. Hungab.

Sekitar jam 10:15 pagi, rombongan lelaki berkumpul di Luyang untuk menanti isyarat daripada pihak perempuan tentang ketibaan Ketua Kampung Encik Marcus Limjoon.

Pada jam 10:34 pagi, saya menerima teks ringkas daripada Elizabeth yang memberi isyarat bahawa Ketua Kampung sudah berada di rumah. Isyarat itu menandakan bahawa saya dan rombongan perlu bertolak ke kediaman Elizabeth.

Brother Jefri Gumu Semarian Tahun Teologi di Kolej Pembentukan Paderi Santo Petru Kuching menjadi pemandu untuk mengiringi saya. Turut bersama ialah Theary rakan guru saya di telupid. Beliau mengajar di SK. Linayukan, Telupid.


Sejurus itu, Thery mengiringi saya menaikki tangga rumah Elizabeth. Aunty sulung Elizabeth, Uncle sulung Elizabeth serta ibunya menyambut kedatangan rombongan lelaki. Ada juga anak buah Elizabeth yang turut tidak terlepas. Namanya Theodore.

Syukur kepada Tuhan, saya tidak rasa gementar pun kerana percaya Tuhan hadir untuk merestui hubungan saya dan Elizabeth. Selain itu, sebelum majlis pertunangan ini, saya telah diorientasikan oleh Elizabeth untuk mengenali semua ahli keluarganya.

Setibanya di dalam rumah Elizabeth, saya memberikan salam kepada semua ahli keluarga yang hadir sambil memberikan senyuman yang lebar kepada mereka.

Inilah ipar ibu Elizabeth yang sulung. Aunty inilah cukup memberikan sokongan sehingga meminta supaya tempoh pertunangan hanya diberikan selama 3 bulan. Wow! punya sekejap kursus kahwin pun belum bah. Tapi itu semuanya satu gurauan. Mereka cukup faham akan persedian kahwin memerlukan masa.


Pada jam 11:10 pagi, ibu saya dan sepupunya Aunty Sulinah disambut oleh aunty sulung si Elizabeth. Lihatlah mereka begitu mesra sambil berbahasa Kadazan Penampang.

Ibu saya terlewat datang ke rumah Elizabeth disebabkab sesat jalan pada masa yang sama, dia mengambil kawan adik saya si Caroline di Donggongon.

Kemesraan antara dua keluarga cukup membuktikan kehadiran Tuhan.



Semua orang yang hadir mengambil tempat sebelum pertunangan ini dimulakan. Aunty yang berbaju merah itu adalah Aunty Eva. ipar bongsu ibu Elizabeth. Banyak dia bantu dalam persiapan pertunangan. Beliau telah membantu saya menempah makanan katering dan kek pertunangan.

Bersebelahan dengan Aunty Eva tu adalah aunty bongsu si Elizabeth.



Perbincangan bersama Uncle sulung dimulakan pada jam 11:23 pagi. Berbaju kuning tu adalah Ketua Kampung Hungab, Encik Marcus Limjoon. Cukup ringkas perbincangan tersebut hanya mengambil masa 10 minit.


Tiada bantahan oleh mana-mana pihak. Apa yang mengejutkan saya ialah tidak membincangkan berapa bayaran sekiranya salah satu memutuskan pertunangan. Saya juga tertanya-tanya dan akhirnya jawapan daripada pihak perempuan ialah: Tidak perlu dibincangkan.

Maknanya di sini ialah, saya diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh keluarga Elizabeth tanpa sebarang keraguan.

Oleh yang demikian, Setiausaha Pertunangan yang juga 1st Cousin Elizabeth, Puan Rose Patsy Tibok mengumumkan perjanjian pertunangan kepada semua orang dan sekali lagi tidak ada bantahan.

Berikut adalah perjanjian yang dimeteraikan:

(a) RM700 adalah berian
(b) RM1500 tunai atau seekor kerbau
(c) RM300 tunai untuk sogit atau seekor babi
(d) RM10,000 belanja dapur
(c) Tempoh pertunangan sah sehingga 30/11/10.

Bagi perkara (b) dan (c) saya akan membayar dengan wang tunai sahaja. Jumlah keseluruhannya ialah RM12,500 ringgit sahaja.

Selepas itu, pada jam 11:38 pagi Elizabeth keluar dari bilik dengan berpakaian coklat lantas ke meja ruang tamu menandatangani surat perjanjian pertunangan di hadapan Ketua Kampung dan semua ahli keluarga.

Puan Rose sedang menunjukkan ruanng yang perlu ditandatangan kepada Cik Elizabeth. Apa yang melucukan ialah tangan Elizabeth menggeletar sehingga tandatangannya berserabut.

Walaubagaimanapun, dia tetap senyum lebar sebagai tanda menerima pertunangan yang saya lamarkan pada 25 Mac 2009.




Pada jam 11:44 pagi, giliran saya menandatangani perjanjian pertunangan.

Fikiran pada ketika itu tenang saja tetapi sedar bahawa pertunangan ini menandakan babak baharu dalam kehidupan saya. Tanggung jawab sebagai bakal suami kepada Elizabeth dan juga bakal menantu kepada ibunya amatlah berat.

Jika dahulu saya hanya perlu menjaga hati orang tua, tetapi kini saya haruslah menjaga hati kedua-duanya sekali begitu juga Elizabeth.

Pertunangan ini merupakan satu latihan kepada saya untuk belajar dan menyesuaikan diri sepenuhnya kepada seluruh keluarga Elizabeth.

Saya tidak sangka hari ini sudah bertunang setelah setahun menjalin hubungan kawan bersama Elizabeth. Terima kasih Tuhan akhirnya
Tuhan mendengar doa saya setelah beberapa kali gagal dalam percintaan.

Kegagalan dalam percintaan mendorong saya untuk berdoa 9 hari Novena. Saya memilih untuk menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan kerana yakin bahawa Dia sahaja yang mampu memberikan calon isteri yang terbaik. Sebab itulah kenapa proses pertunangan ini begitu lancar dan mendapat restu bukan sahaja daripada abang-abang Elizabeth serta ibunya tetapi seluruh ahli keluarganya menerima kehadiran saya. Bukankah Tuhan itu luar biasa?

Sebab itulah saudara-saudari bagi membentuk sebuah keluarga, rebung dan akar haruslah baik. Mahu memilih rebung dan akar yang baik haruslah ada campur tangan Tuhan dengan berdoa dan bermohon.

Tuhan sememangnya Gembala yang terbaik. Dialah yang memipin kehidupan saya sehingga meluruskan jalan. Seperti mana pada tahun 2001 ketika memohon memasuki maktab perguruan, Tuhan juga campur tangan setelah bermohon kepada-Nya. Jelas sekali perjalanan saya di Maktab Perguruan Kent sangat lancar.

Selepas semuanya selesai, saksi di pihak perempuan yang menadatangani surat perjanjian pertunangan ialah Mr. Lim dan En. John Milip. Manakala di pihak saya diturunkan oleh En. Justine Kelintung dan rakan baik saya, Thery Thomas.

Akhir sekali, Ketua Kampung dengan ringan hati menurunkan tandatangan sebagai tanda mengesahkan pertunangan ini boleh dilangsungkan.

Selepas itu, dua bentuk cincin dikeluarkan untuk disaksikan oleh semua orang. Hantaran saya ialah 2 bentuk cincin, sebuah jam berjenama Bonia, 2 jenis kain ela, sejambak bunga ros, sebakul buah-buahan dan set Body Shop.


Majlis pemberkatan pertunangan dimulai pada jam 11:46 pagi yang dipimpin oleh Brother Jefri Gumu yang kini berada di Pusat Pembentukan paderi Santo Petrus di Kuching dalam Tahun Teologi. Hanya tinggal dua tahun lagi pengajian beliau di kolej tersebut sebelum ditahbis menjadi Dikon.


Pembacaan yang dipilih sendiri oleh saya sendiri dipetik daripada Surat Santo Paulus yang pertama kepada umat di Korintus fasa 13: 1, 4-8 yang dibaca dalam Bahasa Inggeris oleh adik saya sendiri, Vivian Chong Ni Honng yang baharu saja balik bercuti di Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching pada 30 Mei 2009.

Puan Nelly senyum

Komentator pada ketika itu adalah sepupu pertama saya, Puan Nelly Kelintung. Selepas pembacaan pertama, sahutan antara bacaan dibacakan oleh komentator. Mazmur yang dipilih ialah Mazmur 103 yang disahut dengan: "Kasih setia Tuhan adalah selama-lamanya kepada orang yang bertakwa kepada-Nya".

Inilah adik saya si Vivian.


Pembacaan Injil dibaca oleh Brother Jefri yang dipetik dari Yohanes 15: 12-16 iaitu menceritakan tentang Hukum yang utama iaitu mengasihi sesama.

Intipati homili yang disampaikan oleh Brother cukup spontan dan rileks. Beliau menerangkan tentang rasional Tuhan menciptakan manusia adalah cinta kasih-Nya. Tuhan menciptakan manusia agar boleh saling mengasihi.

Beliau juga menegaskan bahawa pertunangan yang dilangsungkan adalah satu titik permulaan ke arah cinta kasih dan kesetiaan yang jati. Oleh itu, semua ahli keluarga kedua-dua pihak perlulah memberikan sokongan yang padu dan membantu agar perhubungan kami dapat berakhir dengan perkahwinan yang bahagia.

Ada juga suara-suara kedengaran daripada hadirin mengatakan bahawa Bro. Jefri selayaknya menjadi Padoh. Bagi saya yang mengenali dia serba sedikit latar belakang dan kelakuannya kerana kenal dari zaman kanak-kanak, saya berpendapat bahawa Bro. Jefri seorang yang berdedikasi dan sanggup berkhidmat untuk Gereja Tuhan dan ringan untuk membantu belia-belia di kampungnya.



Sekiranya saya diberi peluang untuk menilainya, pasti memberinya "Green Light" kepadanya tanpa prejudis.

Liturgi Sabda sudah berakhir. Pada jam 11:58 pagi, Upacara Pertunangan dimulai dengan pemberkatan cincin yang disempurnakan oleh Bro. Jefri selepas itu upacara penyarungan cincin dilakukan. Semasa penyarungan, Brother menyahut dengan: "Semoga Tuhan memberkati dan memimpin saudara-saudari ke arah perkahwinan yang bahagia dan penuh cinta kasih sesuai dengan kehendak-Nya."




Ketika menyarungkan cincin, saya hampir tersebak kerana terasa kehadiran Tuhan. Apa lagi saya bakal menghadapi onak dan ranjau yang cukup mencabar. Cincin yang bulat melambangkan kasih yang tidak berakhir. Begitu juga dengan cinta kasih Tuhan yang tidak berakhir.






Tanggunng jawab saya ialah mengongsikan cinta kasih Tuhan melalui perkongsian cinta kasih saya dengan Elizabeth apabila kahwin kelak agar menjadi contoh kepada keluarga yang lain. Semuanya ini memerlukan banyak pengorbanan tetapi yakin sahajalah asalkan kita menjadikan Tuhan adalah sumber kehidupan dalam keluarga yang bakal bentuk, pasti dapat mengharungi onak-onak yang hebat.



Jam 11:59 pagi, sahlah saya menjadi tunang kepada Elizabeth. Majlis diteruskan dengan Doa Umat, Doa Penutup dan pemberkatan akhir yang ditambah dengan sahutan Alleluia, alleluia memandangkan pada hari tersebut Gereja merayakan Pentekosta.

Selepas itu, majlis menyerahkan sejambak bunga kepada Elizabeth.



Apa yang mengejutkan saya ialah isteri kepada Uncle sulung serta semua ahli keluarga "membuli" saya agar menciumi pipi Elizabeth. Saya tidak bersedia untuk itu sebenarnya sebab menganggap tidak layak lagi sebelum berkahwin.

Walaubagaimana pun saya menerima "buli" mereka dengan hati terbuka agar suasana menjadi lebih ceria. Bayangkan saya pada ketika itu cepat-cepat cium Elizabeth sampai jurufoto, Si Perry bilang terlalu cepat, tak sempat mengambil gambar.

Jadi saya sekali lagi "dibuli" agar lekatkan mulut pada pipi si Elizabeth sampai selesai kena shooting kamera. Merah sudah muka saya pada ketika itu.




Selepas itu, isteri uncle sulung Elizabeth sekali lagi "membuli" agar memakaikan jam Bonia pada tangan Elizabeth, jadi saya pun memenuhi permintaan itu biarpun rasa sedikit malu tapi seronoklah.







Pemotongan kek dilakukan dengan penuh "slow-motion" supaya ndak kena suruh buat kali kedua lagi. hahahahahahaha.

Selepas memotong kek, Brother Jefri sekali lagi dijemput untuk Doa Makan.






Sarung cincin dan pemberkatan semua sudah selesai, sesi bergambar bersama diadakan. Bapa saya Mr. Martin Chong berbaju putih ibu saya Mrs Chong berpakaian kebaya. Manakala berbaju putih tu bakal ibu mertua saya.

Kak Rose pun tidak terlepas tershoot di belakang saya ni...hehehehehehe.... Jangnan marah ya. Apapun, I fell very thankful to Cia-cia Rose because she is so helpful and kind. May God bless you.


Sesi "menyerbu makanan" atau mararau bermula pada jam 12:15 tengah hari. Memang sedap makanan yang ditempah oleh Aunty Eva terutamanya udang goreng.


Kelihatan di gambar ialah Thery berbaju biru, dia adalah sahabat senang dan susah. Sebelah kanan lelaki berbaju hitam tu tunang kepada kawan Elizabeth yang berbaju putih. Tidak tahu namanya apa tapi yang pasti baju putih tu kawan baik Elizabeth... Thanks for coming.


Hah! Inilah Aunty Eva yang baik hati. Thank you Aunty for helping me and momoi. Only God can pay the reward.

sebelah Aunty Eva ni namanya Kelvin Ng Kit Siong. Biarpun sibuk masuk hutan dan akan masuk ke Hutan Simpan di Pahang, dia tetap pulang ke Sabah untuk menyaksikan majlis pertunangan adik bongsu, adik tunggal perempuan kesayangannya. Kelvin tak bersendirian, dia balik bersama isterinya Sumathi Balakrishnan yang turut tidak ketinggalan.




Nah! di tengah tu abang sulung Elizabeth, kenneth Ng bersama isterinya Sharon Gabriel. Sebelah abang sulungnya adalah sibling kepada Sharon.

Once again thank you atas sokongan kamu.






Inilah official photographer yang berpotensi. Berbaju hijau itu si Alvin dan isterinya. Baju melintang itu si Perry. Kedua-dua Perry dan Alvin adalah 1st Cousin Elizabeth. Alvin pensyarah ATI yang pakar memasak manakala Perry pula guru BI di SMK Pulau Gaya. Isteri Alvin pun guru juga bah. Ui nah tambah lagi saya juga guru ni. Cia-cia Rose pula pensyarah TESL di Institut Perguruan Malaysia Kampus Gaya.

Terima kasihlah kerana bagi free shooting and photo. Saya sendiri tak sangka kalian bagi free begitu saja. God Bless you!

Both of you will become my official photographer during me and beth weeding's day. Pandai-pandailah kamu bagi-bagi kerja ya but tanya dulu saya apa peraturan semasa shooting di church. Outside church tidak terikat dengan peraturan hanya dalam church sahaja.




Inilah kumpulan wanita yang cukup berkerja keras. Aunty sulung berdiri, Aunty yang melambai tangan itu tinggal bersebelahan rumah Elizabeth. Baju biru itu adalah bakal mentua. Baju merah itu saya panggil kakak Debie, menantu kepada Aunty sulung Elizabeth.




Inilah bapa saya dan ibu saya. Berbaju merah putih itu kakak ipar ibu saya yang juga aunty kepada Rev. Erik Jerome. mereka juga tidak ketinggalan menyaksikan majlis pertunangan saya. Terima kasih atas kehadiran aunty.

Nice shooting of mine. Inilah gambar yang paling saya suka terutamanya effek warnanya.

Nah yang di tengah tu suami kakak Debie lah. Beth panggil dia Koko Charlie tapi nama sebenarnya Charles 1st cousin si Beth abang kepada kakak Rose Tibok. Apa diorang sedang buat tu? hehehehehe tengok mesej kot tengok bila main bola.

Berbaju merah ini kakak Sumathi Balakrishnan. Dia ini berkerja di semenanjung bersama suaminya Kelvin yang juga kakak ipar Beth. Good shooting bah kan.


PENUTUP

Bersyukur kepada Tuhan kerana majlis pertunangan berjalan dengan lancar sekali tanpa apa-apa bantahan. Kasih karunia Tuhan benar-benar hadir di tengah-tengah kami. Saya amat bersyukur kerana keluarga Beth boleh menerima kehadiran saya.

Inilah rencana Tuhan untuk perjalanan hidup. Inilah kehendak-Nya yang muktamad setelah gagal beberapa kali. Kegagalan tidak bermakna kita tidak ada harapan. Kegagalan ini disebabkan Tuhan menyayangi saya sepenuhnya.

Doa dan renungan yang dilaksanakan setahun lalu sebelum bertunang telah membuahkan hasil.

Saya juga berterima kasih kepada bakal ibu mertua dan aunty-aunty Elizabeth serta unclenya kerana memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menjaga Elizabeth seumur hidup.

Namun, saya memohon agar ahli keluarga terus mendoakan hubungan dengan Elizabeth berkekalan sehingga hembusan nafas terakhir.

Proses seterunya ialah menghadiri kursus perkahwinan pada awal tahun 2010. Selepas itu membuat temujanji dengan paderi paroki Kathedral Hati Kudus untuk menetapkan tarikh perkahwinan.

Saya sendiri telah menetapkan 20 November 2010, Sabtu iaitu beberapa jam sebelum Gereja memasuki Minggu Adven Pertama. Walau bagaimanapun sebarang pertukaran akan diberitahu kemudian.


Sila bagi respon terhadap blog ini. Anda boleh juga melihat koleksi gambar-gambar saya di alamat http://www.flickr.com/photos/jcsabah. Sila lihat laman blog saya di http://www.jcmathias.blogspot.com atau tapak web di http://www.geocities.com/jcsabah/UTAMA.html

Selamat berlayar.




"DEUS CARITAS EST"
"Tuhan itu adalah kasih"